.

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir sekalian alam. Yang memberi taufiq-Nya kepada sesiapa yang telah tertulis baginya kebahagiaan, lalu Allah mengerakkan hati-hati tersebut bagi menerima-Nya dengan penuh ketulusan dengan kehendaknya yang sebaiknya itu. Dan saya juga bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dia yang Esa tanpa menyekutui-Nya. Inilah penyaksian yang mendapat tempat di dalam hati-hati lalu ia menjadi kukuh. Saya juga bersaksi bahawa penghulu kita Nabi Muhammad itu adalah hamba serta utusan-Nya. Baginda juga adalah Nabi-Nya dan teman-Nya. Allah berselawat, menyampaikan salam dan memberkatinya serta kaum keluarganya, para sahabatnya serta orang-orang yang mengikuti mereka sehingga ke hari kiamat.




SOLAT TAQWIYATUL HIFZ

Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka, terutama yang menghafal Al-Quran, agar mengerjakan solat sunat Taqwiyatul Hifzi.

Kaedahnya:
1) Mengerjakan solat ini empat rakaat dengan dua kali tahiyat akhir. Iaitu 2 rakaat, 2 rakaat.
2) Mengerjakannya pada malam Jumaat, sebaik-baiknya selepas tidur.
3) Mengerjakannya 3, 5 atau 7 malam Jumaat berturut-turut.
4) Membaca surah-surah berikut:
    Rakaat 1 : Surah Yaasin
    Rakaat 2 : Surah Ad-Dukhan
    Rakaat 3 : Surah As-Sajadah
    Rakaat 4 : Surah Al-Muluk
5) Setelah solat, bacalah doa ini:






Solat sunat Taqwiyatul Hifz ini diamalkan oleh para pelajar tahfiz bagi memudahkan mereka untuk mengingati ayat-ayat suci Al-Quran. Kelebihan solat sunat takwiyatul hifz ini adalah dapat memberi ingatan yang kuat.