.

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir sekalian alam. Yang memberi taufiq-Nya kepada sesiapa yang telah tertulis baginya kebahagiaan, lalu Allah mengerakkan hati-hati tersebut bagi menerima-Nya dengan penuh ketulusan dengan kehendaknya yang sebaiknya itu. Dan saya juga bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dia yang Esa tanpa menyekutui-Nya. Inilah penyaksian yang mendapat tempat di dalam hati-hati lalu ia menjadi kukuh. Saya juga bersaksi bahawa penghulu kita Nabi Muhammad itu adalah hamba serta utusan-Nya. Baginda juga adalah Nabi-Nya dan teman-Nya. Allah berselawat, menyampaikan salam dan memberkatinya serta kaum keluarganya, para sahabatnya serta orang-orang yang mengikuti mereka sehingga ke hari kiamat.




Tuesday, February 22, 2011

Dunia Yang Sementara

"Dunia ini bukan tempat tinggalmu yang kekal, kerana Allah telah mentakdirkan bahawa dunia akan berakhir dan semua penghuninya bakal meninggalkannya. Ramai orang yang berlumba-lumba membangunkan apa saja, yang sesungguhnya semua itu hanya sementara dan pasti akan ditinggalkan dan rosak binasa. Ramai penduduk bumi yang merasa senang dan selesa tinggal di atasnya, padahal semua itu pasti akan mereka tinggalkan sama ada cepat atau lambat. Maka persiapan perjalananmu dengan membawa bekalan yang terbaik yang kamu temui. Bekalkan dirimu dengan bekalan secukupnya dan sesungguhnya bekalan yang terbaik adalah iman dan takwa kepada Allah. Kerana dunia ini bukan tempat tinggal yang abadi, maka sebaiknya seorang mukmin menjadi seperti orang asing yang tinggal di tempat yang asing, yang selalu mencurahkan perhatiannya untuk kembali ke tempat asalnya. Kehidupan seharusnya menjadi sebuah perjalanan menuju tempat yang abadi."
Umar bin Abdul Aziz

No comments:

Post a Comment