.

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir sekalian alam. Yang memberi taufiq-Nya kepada sesiapa yang telah tertulis baginya kebahagiaan, lalu Allah mengerakkan hati-hati tersebut bagi menerima-Nya dengan penuh ketulusan dengan kehendaknya yang sebaiknya itu. Dan saya juga bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dia yang Esa tanpa menyekutui-Nya. Inilah penyaksian yang mendapat tempat di dalam hati-hati lalu ia menjadi kukuh. Saya juga bersaksi bahawa penghulu kita Nabi Muhammad itu adalah hamba serta utusan-Nya. Baginda juga adalah Nabi-Nya dan teman-Nya. Allah berselawat, menyampaikan salam dan memberkatinya serta kaum keluarganya, para sahabatnya serta orang-orang yang mengikuti mereka sehingga ke hari kiamat.




Wednesday, February 16, 2011

Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W.

Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan air matanya sentiasa berlinangan.
Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya.
Sangat elok dan sempurna wajahnya.
Baginda memiliki perasaan yang halus.
Baginda lebih mengemar cara hidup seperti seorang hamba.
Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan.
Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik yang melambangkan kesombongan.
Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Tidak pernah mengumpat, mencerca atau menghina orang lain. 
Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.
Baginda memakai serban di atas kopiahnya.
Suka membalas hadiah.
Baginda mengucap salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk.
Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri dan ahli keluarganya.
Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.
Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.
Ketika berjabat tangan, baginda tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya.
Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak, baginda mengangkat tangan tanda hormat kepada mereka.
Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.
Tidak bangun dari suatu majlis sehingga tetamu lain bangun.
Tidak pernah menjulurkan kakinya di hadapan para sahabat.
Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas.
Setiap percakapannya mempunyai isi dan makna yang mendalam.
Sentiasa menumpukan perhatian dengan orang yang bercakap dengannya.
Tidak pernah kertawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut.
Sangat fasih dan manis tutur bicaranya.
Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap ujian dan kesusahan.
Amat kasih terhadap umatnya.
Tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah melebihi keperluan makan dan minumnya.
Rezeki yang melebihi keperluan akan di taburkan untuk jihad fisabilillah.
Sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam kesusahan.
Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka.
Suka menziarahi orang sakit.
Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya.
Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap.
Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi.
Bersikap tegas pemaaf dan pengasih dalam perjuangan.
Beliau mengambil wuduk sebelum tidur dan berzikir hingga lena.
Sangat menghormati orang tua dan mengasihi orang muda dan kanak-kanak.
Baginda hidup secara bersederhana.
Baginda lebih banyak bersedih daripada ketawa.
Baginda tidak pernah menerima sedekah tetapi hanya menerima hadiah.

No comments:

Post a Comment