.

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir sekalian alam. Yang memberi taufiq-Nya kepada sesiapa yang telah tertulis baginya kebahagiaan, lalu Allah mengerakkan hati-hati tersebut bagi menerima-Nya dengan penuh ketulusan dengan kehendaknya yang sebaiknya itu. Dan saya juga bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dia yang Esa tanpa menyekutui-Nya. Inilah penyaksian yang mendapat tempat di dalam hati-hati lalu ia menjadi kukuh. Saya juga bersaksi bahawa penghulu kita Nabi Muhammad itu adalah hamba serta utusan-Nya. Baginda juga adalah Nabi-Nya dan teman-Nya. Allah berselawat, menyampaikan salam dan memberkatinya serta kaum keluarganya, para sahabatnya serta orang-orang yang mengikuti mereka sehingga ke hari kiamat.




Tuesday, February 22, 2011

Dunia Yang Sementara

"Dunia ini bukan tempat tinggalmu yang kekal, kerana Allah telah mentakdirkan bahawa dunia akan berakhir dan semua penghuninya bakal meninggalkannya. Ramai orang yang berlumba-lumba membangunkan apa saja, yang sesungguhnya semua itu hanya sementara dan pasti akan ditinggalkan dan rosak binasa. Ramai penduduk bumi yang merasa senang dan selesa tinggal di atasnya, padahal semua itu pasti akan mereka tinggalkan sama ada cepat atau lambat. Maka persiapan perjalananmu dengan membawa bekalan yang terbaik yang kamu temui. Bekalkan dirimu dengan bekalan secukupnya dan sesungguhnya bekalan yang terbaik adalah iman dan takwa kepada Allah. Kerana dunia ini bukan tempat tinggal yang abadi, maka sebaiknya seorang mukmin menjadi seperti orang asing yang tinggal di tempat yang asing, yang selalu mencurahkan perhatiannya untuk kembali ke tempat asalnya. Kehidupan seharusnya menjadi sebuah perjalanan menuju tempat yang abadi."
Umar bin Abdul Aziz

Wednesday, February 16, 2011

Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W.

Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan air matanya sentiasa berlinangan.
Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya.
Sangat elok dan sempurna wajahnya.
Baginda memiliki perasaan yang halus.
Baginda lebih mengemar cara hidup seperti seorang hamba.
Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan.
Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik yang melambangkan kesombongan.
Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Tidak pernah mengumpat, mencerca atau menghina orang lain. 
Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.
Baginda memakai serban di atas kopiahnya.
Suka membalas hadiah.
Baginda mengucap salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk.
Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri dan ahli keluarganya.
Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.
Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.
Ketika berjabat tangan, baginda tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya.
Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak, baginda mengangkat tangan tanda hormat kepada mereka.
Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.
Tidak bangun dari suatu majlis sehingga tetamu lain bangun.
Tidak pernah menjulurkan kakinya di hadapan para sahabat.
Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas.
Setiap percakapannya mempunyai isi dan makna yang mendalam.
Sentiasa menumpukan perhatian dengan orang yang bercakap dengannya.
Tidak pernah kertawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut.
Sangat fasih dan manis tutur bicaranya.
Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap ujian dan kesusahan.
Amat kasih terhadap umatnya.
Tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah melebihi keperluan makan dan minumnya.
Rezeki yang melebihi keperluan akan di taburkan untuk jihad fisabilillah.
Sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam kesusahan.
Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka.
Suka menziarahi orang sakit.
Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya.
Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap.
Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi.
Bersikap tegas pemaaf dan pengasih dalam perjuangan.
Beliau mengambil wuduk sebelum tidur dan berzikir hingga lena.
Sangat menghormati orang tua dan mengasihi orang muda dan kanak-kanak.
Baginda hidup secara bersederhana.
Baginda lebih banyak bersedih daripada ketawa.
Baginda tidak pernah menerima sedekah tetapi hanya menerima hadiah.

Tuesday, February 15, 2011

Peringatan

Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara : Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, ataupun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, ataupun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk-buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari kiamat pada hal hari kiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya"

Hadis Riwayat At-Tarmizi

Monday, February 7, 2011

SABDA RASULLAH TENTANG PERANG AKHIR ZAMAN

Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak? Benar

Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman. Benar atau tidak? Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai dan tasik buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.

Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini. Iraq di blocked oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.

Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom (Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya.

Sabda Rasulullah yang mafhumnya: Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai Furad). Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.

Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik).
Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar – ibu segala peperangan – Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia.
Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.

Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya: Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati.
Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan.

Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.

Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biolgi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat.